Thursday, July 25

Sem paling syiok!

Assalamualaikum..

hyep.. seriusly memang lama benar tak update blog. sebab yang paling klise sekali, sebab takde masa, padahal walau ada masa pun, perangai malas memang duk ada la.. huhuhu... well, berakhir suda sem 4.sem yang penuh kontroversi, kontrol hesteria dan segala bagai lagi. perit jerih semua dah lepas. sekarang ni masa untuk praktikal pulak. well aku pilih company area kajang. since sengaja nak pilih jauh. aku terhutang budi sesangat2 dengan niney. dari  cari tempat praktikal sampai la cari rumah, dia memang banyak tolong aku. sob..sob.. sebabkan aku banyak terhutang budi dengan dia la, aku terus sabar ada dekat sini.

well, alhamdullilah company yang aku praktikal ni 100% aku bagi jaminan memang best. tersangat2 ok. dari segi persekitaran, dan of course la sesama pekerja. memang selesa gila sebab pekerja kat sini semua bagi layanan baik dan sangat kool dan sangat sporting dan sangat gempak dan dan dan dan lagi lah!

now baru tiga minggu aku kerja sini, tapi aku macam dah kenal dyeorg bertahun-tahun. mungkin sebab dyeorang lagsung tak pentingkan pangkat or siapa senior. dapat hangout sampai pukul 1, 2 pagi, karaoke sesama, lunch sesama. btw, waktu lunch memang tradisi company ni, semua akan lunch sesama dan pergi tempat yang sama. maybe ni salah satu cara nak rapatkan hubungan each other kot. boleh katakan aku lagi suka duk kat office daripada balik rumah. huhuhuhu...

boleh kata aku duk sini memang dapat save duit. rumah dekat gila dengan office, makan pun ada orang masak, dapat tempat tinggal free, dan lelain. tapi yang bad things, duit aku tetap akan lebur dengan ceptnya. gua cakap lu, makanan kat sini mahal siak. dan aku pulak yang jenis suka makan macam-macam. so advantages untuk aku yang aku cakap tu memang takdapat tampung la.. tapi alhamdullilah, before aku start praktikal hari tu, lepas daftar masuk untuk sem 5, rezeki datang mencurah2. siapa sangka itu semua kerja yang Esa.

oh aku terlupa nak ucap selamat menyambut bulan puasa utk umat islam semua. ayuh la kita ke bazaar ramadhan yea.. hehhehe... sekarang dah puasa, then dah boleh raya.. yeahhh!! tapi cuti cuma seminggu. hurm.... itu tak best. raya ni aku nak sederhana je. (huuurmmm.. kita tengok la sederhana aku tu macam mana la nanti ya)

buku log???
hmmm.... spoil bila tetiba terfikir buku log yang tak diisi apa pun kerja lagi. arrggghhh!! malas nak tulis boleh tak.. dah jauh aku ketinggalan, jenuh aku nak catch up balik nanti..

itu je l kot. tangan dah letih, mata pun dah kuyu. ni semua sebab makan banyak anga time berbuka tadi. :)

Wednesday, May 1

politik

Assalamualaikum!!

1st of all, sini memang bukan blog politik. sesekali tidak. Well, aku tertarik nak post tentag politik, yealah since Malaysia yang tercinta ni bakal mengadakan pilihanraya 5 mei nanti. Aku ni pulak adalah salah sorang rakyat yang buat pertama kalinya akan pergi mengundi pada hari tersebut tersangat-sangat lah cuak tambah nervous nye. Hhaahaha... mengalahkan mr. president pulak tetiba.

seriously aku memang blur sangat pasal undian calon tu. siapa patut aku pilih? well, family aku memanglah tersangat obses dengan satu pihak tu, tapi tak semestinya aku kena pilih sama dengan dyeorang kan. even aku pilih pihak yang lain pun, itu tak bermakna aku belot kepercayaan famly aku kan.

mostly kawan-kawan aku yang layak jadi penggundi tu, decide takkan pergi mengundi. alasannya, tak tahu nak pilih mana satu.. tak suke politik..  kampung dia semang-memangnya melayu pengang, so tak yah kalut-kalut pegi mengundi.. well, sayang semua. mengundi dan memilih pemimpin yang baik itu adalah wajib.

honestly aku serius tak faham dengan politik sekarang ni. why islam and islam, we must fight with each other? kenapa perlu agama lain jadi 'geng' dalam kedua-dua parti islam? kenaa mesti aibkan pihak lain? kenapa perlu fitnah memfitnah? contohnya ada jugak kes yang aku dengar dari kampung sebelah menyebelah kampung aku ni. Kisahnye ada orang tua tu sampai keluarkan parang sebab tak kasi orang pasang bendera lain selain bendera pihak dia kat depan rumah dia. nauzbillah.. atok ni memang obses sangat ni. mana la perginya hormat dalam diri kita tu. walhal sebelum ni boleh je makan semeja masa kenduri kendara. we are malaysian okeyh.

keputusan aku sendiri pun atas pagar je sekarang ni. susah sebenarnya nak mengundi ni.. so the solution is banyakkan baca pendapat orang lain especially orang-orang tua yang tak terlalu obses tahap dewa dengan pemimpin ni. dari situ nilai lah sendiri dari kefahaman kita pulak. Lecturer aku penah cakap, tak kisah la undi parti ape pun, asalkan biarlah pemimpin kita tu melayu.


sekian,
Assalamualaikum..

Saturday, March 30

Doa Cinta Sayyid Qutb

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Labuhkan cintakanku pada insan yang melabuhkan cintanya pada Mu,
Supaya cintaku pada Mu semakin bertambah.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Pelihara cintaku,
supaya tidak melebihi cintaku pada Mu.

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
Izinkan aku menyentuh hati insan yang hatinya betaut pada Mu.

Ya Tuhanku,
Jika aku jatuh hati,
Peliharakan hatiku padanya agar tidak berpaling dari Mu.

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukan aku pada insan yang merindui syahid di jalan Mu,
Dan pelihara rinduku supaya tidak lalai dari merindui syurga Mu.

Ya Allah,
Jika aku sedang menikmati cinta hamba Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan munajat di sepertiga malam Mu.

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada hamba Mu,
Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu.

Ya Allah,
Jika Engkau halalkan aku merindui hamba Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu.

Ya Allah,
Engkau tahu semua hati ini telah berhimpun dalam cinta kepada Mu,
bertemu dalam ketaatan terhadap Mu,
bersatu kerana dakwah pada Mu,
bersatu dalam membela syariat Mu,
Kukuhkanlah ikatannya ya Allah,
Kekalkanlah cintanya.

Tunjukkanlah semua jalanny
Penuhilah hati ini dengan cahaya Mu yang tak pernah pudar
Lapangkan dada ku dengan limpahan keimanan kepada Mu
dan keindahan tawakal kepada Mu

Amin
Ya Rabbal 'Alamin.




Friday, February 22

Ingat aku ulat buku ke????

Assalamualaikum..

Sebelum ni aku tak sabar betul nak dapat voucher buku, siap dah plan nak shopping apa kat popular nanti. Dalam otak nak beli pendrive, stationary banyak-banyak, earphone, komik, bla..bla... Rasa lambat benor nak dapat nye pownggg. Now, i got it! lepas je dapat aku and geng teros serbu Popular in Ipoh Parade. Dengan perasaan excited penuh di dada. Terbayang-bayang barang yang nak dibeli dalam otak. Sampai je depan pintu masuk Popular.... Aneh.... Tak ramai orang macam tahun lepas pun???? Takde barang bersepah pun??? Tak ramai orang lineup nak bayar pun??? ok, biarkan persoalan tu. Kami empat sekawan ni terus grab bakul dan start shopping. Barang pertama yang disentap adalah mouse. Itu barang wajib untuk kitaorang. then, merebak pulak dekat bahagian stationary, testpad, file, rak buku and so on benda-benda alah yang merapu-rapu tu.

Selepas lebih kurang sejam kemudian, bila dah cukup kuota barang bersamaan jumlah voucher, kami pun lineup nak bayar. Tup..tup..tup.. baru dapat tahu rupa-rupanya Popular dah lancarkan undang-undang baru dalam pembelian menggunakan voucher buku yang kerajaan bagi sampai RM250 tu. Yakni cuma had RM10 je boleh beli barang elektronik, stationary dan RM40 wajiblah untuk buku bacaan yer!!! cinabeng betol!! tu je mampu terlintas dalam hati masa tu. Dah penat tawaf dalam Popular tu berejam, last-last cancel semua barang. Bincang punya bincang, kitaorang decide takyah beli lagi time ni. Next time bila dah tahu buku apa yang nak dibeli baru la guna voucher tu.

Baru jer nak langkah keluar dari kedai tu, ada budak laki yang nampaknya dalam kesusahan untuk habiskan voucher diaorang. Kami pun apa lagi dengan rela hatinya volunter diri nak cukupkan korum tu. hahahha... muka tak malu betul time tu.. Sempat jugak lah rembat komik kompilasi Lawak Kampus yang tebal. Mereka yang sangat baik nak belanja tu, terima kasih bebanyak yer. Then baru kami tahu kenapa tak ramai orang dalam Popular time tu.

*ini buku yang setelah dipikir-pikir, memang patut dibeli. Tapi bukan kat Popular, itu yang penting..

Kenduri Doa Selamat

Assalamualaikum..

well, entry ni sepatutnya kau patut cerita minggu lepas. tapi disebabkan aku ni kemain sibuknya mengalahkan menteri dengan assignment dan projek yang tersangatlah banyaknya. Minggu yang bagi aku sangat-sangatlah rushing. Rumah kitaorang baru je lepas buat kenduri doa selamat, sepatutnya kenduri ni lebih afdal kalau time baru nak masuk rumah dulu, tapi disebabkan masa dan cakap-cakap kosong je, baru bulan ni dapat  laksanakan. Even perbincangan secara serius hanya mengambil masa 2hari sahaja. Dalam masa tu jugak kena fikir makanan nak dihidangkan. Cari makanan yang nak dioderkan. Nak fikir orang yang nak conduct bacaan yassin nanti etc... Agak kelam kabut itu hari. tapi alhamdullilah semua berjalan lancar. Nasik lemak yang kami oder untuk makanan utama malam tu sangat-sangatlah sedap kemain lagi. nasib baik oder banyak, boleh lah sorang tu dapat 2-3 bungkus. hahahah... Sori buat jiran-jiran tetangga yang kebanyakkannya student politeknik, sebab tak dijemput datang kenduri, iyelah korang kan dalam mood cuti raya cina time tu, manenya nak ada kat rumah. iye dak???

Aku nak kreditkan jutaan terima kasih kepada:

-Pakcik masjid yang tolong kitaorang malam tu.
- Saudara-saudara INTIM sebab sudi datang membantu walaupun last minute punya.
-Kawan-kawan kolej yang sudi datang habiskan makanan je.
- Makcik Umi si tokey nasik lemak sebab sedekah lebih nasik lemak yang super duper gila bapak punya sedap baq hang.
- Housemate yang sangat beri kerjasama dalam hal uruskan rumahtangga sebelum dan selepas majlis tu.
- dan jugak kepada sponsorship-sponsorship yang sedekahkan makanan tambahan termasuklah aku.



oopppsss... sory, lapaq sangat time ni :P







housemate. baru ni dapat tangkap dengan semua orang. 


bye..

Monday, February 4

.my Jawa men.






Tadddaaaa!!!!!


Love u Eby :* 
.Greatest 'Jawa men' all over the world.

okbai

Adahkah dia jodoh kita?


Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

Insyaallah :)






credit:http://diskusikedaikopi.blogspot.com

Thursday, January 24

.Seremban.

" Apo kono ey jang, termenung ajo?" ewah..ewahh..

Assalamualaikum,

Alhamdullilah dah sampai jugak kat Seremban ni untuk nak habiskan cuti Maulidur Rasul dengan Thaipusam.  Penat beb jalan jauh nuh even bukan aku yang drive. Huhuhu.. Kami bertolak dari Ipoh pukul 9 pagi tadi kemudian pukul 12 tengahari dah sampai Seremban, rumah Farah. Gila bapak laju akak si Farah ni drive kete, tapi takpe asalkan semua selamat sampai. Iyela kalau dia bawak slow, conferm-conferm la aku dan Myra dah pengsan kebosanan dalam keta tu.. :D

Plan nak datang Seremban ni last minute punya plan. Iye la kalau nak balik Penang nuh takut menyusahkan mak abah yang nak kena menjemput menghantar bagai, padahal minggu lepas baru je balik sana. Akhirnya, rumah Farah jugak jadi pilihan. huuhuh...

Plan yang nak dilaksanakan kat Seremban ni, selain buat assignment yang wajib belambak tu, yang lain-lain tak tahu lagi. Duk dalam bilik menghadap lappy je or bergumbira kat pantai Port Dickson maybe.. asalkan jangan pergi Nilai suda lah, takot balik Ipoh nanti menghadap meggi jer :D

Berckap pasal meggi, perut den dah berbunyik-bunyik muzik samba latin ni. Sehingga ketemu lagi... :P



:"Farah, kami lapaqqqqq baq hangggg!!!"

Saturday, January 12

.Officially Missing You.

 Hi, hello, hoi, dan seangkatan dengannya. Kali ni taknak pompang pompang panjang cuma nak share satu lagu untuk korang semua. Mungkin sesetengah dah besa dengar lagu ni, tapi aku tak kira memang nak share jugak dengan hampa semua. Sesuai untuk orang yang tengah feelings gitu time-time camgini. Btw, penyanyi asal lagu ni adalah Tamia, tetapi memang banyak sangat versi yang orang lain bawak, even Korea pun ada. Sudah terbuktilah lagu ni sememangnya top seiring dengan Gangnam Stayle (macam gebang je). Pilih punya pilih, aku rasa lagu yang di cover oleh si kembar chantek Jayess Lee ni lagi best.. Enjoy!!