Friday, February 22

Ingat aku ulat buku ke????

Assalamualaikum..

Sebelum ni aku tak sabar betul nak dapat voucher buku, siap dah plan nak shopping apa kat popular nanti. Dalam otak nak beli pendrive, stationary banyak-banyak, earphone, komik, bla..bla... Rasa lambat benor nak dapat nye pownggg. Now, i got it! lepas je dapat aku and geng teros serbu Popular in Ipoh Parade. Dengan perasaan excited penuh di dada. Terbayang-bayang barang yang nak dibeli dalam otak. Sampai je depan pintu masuk Popular.... Aneh.... Tak ramai orang macam tahun lepas pun???? Takde barang bersepah pun??? Tak ramai orang lineup nak bayar pun??? ok, biarkan persoalan tu. Kami empat sekawan ni terus grab bakul dan start shopping. Barang pertama yang disentap adalah mouse. Itu barang wajib untuk kitaorang. then, merebak pulak dekat bahagian stationary, testpad, file, rak buku and so on benda-benda alah yang merapu-rapu tu.

Selepas lebih kurang sejam kemudian, bila dah cukup kuota barang bersamaan jumlah voucher, kami pun lineup nak bayar. Tup..tup..tup.. baru dapat tahu rupa-rupanya Popular dah lancarkan undang-undang baru dalam pembelian menggunakan voucher buku yang kerajaan bagi sampai RM250 tu. Yakni cuma had RM10 je boleh beli barang elektronik, stationary dan RM40 wajiblah untuk buku bacaan yer!!! cinabeng betol!! tu je mampu terlintas dalam hati masa tu. Dah penat tawaf dalam Popular tu berejam, last-last cancel semua barang. Bincang punya bincang, kitaorang decide takyah beli lagi time ni. Next time bila dah tahu buku apa yang nak dibeli baru la guna voucher tu.

Baru jer nak langkah keluar dari kedai tu, ada budak laki yang nampaknya dalam kesusahan untuk habiskan voucher diaorang. Kami pun apa lagi dengan rela hatinya volunter diri nak cukupkan korum tu. hahahha... muka tak malu betul time tu.. Sempat jugak lah rembat komik kompilasi Lawak Kampus yang tebal. Mereka yang sangat baik nak belanja tu, terima kasih bebanyak yer. Then baru kami tahu kenapa tak ramai orang dalam Popular time tu.

*ini buku yang setelah dipikir-pikir, memang patut dibeli. Tapi bukan kat Popular, itu yang penting..

No comments:

Post a Comment