Friday, February 22

Kenduri Doa Selamat

Assalamualaikum..

well, entry ni sepatutnya kau patut cerita minggu lepas. tapi disebabkan aku ni kemain sibuknya mengalahkan menteri dengan assignment dan projek yang tersangatlah banyaknya. Minggu yang bagi aku sangat-sangatlah rushing. Rumah kitaorang baru je lepas buat kenduri doa selamat, sepatutnya kenduri ni lebih afdal kalau time baru nak masuk rumah dulu, tapi disebabkan masa dan cakap-cakap kosong je, baru bulan ni dapat  laksanakan. Even perbincangan secara serius hanya mengambil masa 2hari sahaja. Dalam masa tu jugak kena fikir makanan nak dihidangkan. Cari makanan yang nak dioderkan. Nak fikir orang yang nak conduct bacaan yassin nanti etc... Agak kelam kabut itu hari. tapi alhamdullilah semua berjalan lancar. Nasik lemak yang kami oder untuk makanan utama malam tu sangat-sangatlah sedap kemain lagi. nasib baik oder banyak, boleh lah sorang tu dapat 2-3 bungkus. hahahah... Sori buat jiran-jiran tetangga yang kebanyakkannya student politeknik, sebab tak dijemput datang kenduri, iyelah korang kan dalam mood cuti raya cina time tu, manenya nak ada kat rumah. iye dak???

Aku nak kreditkan jutaan terima kasih kepada:

-Pakcik masjid yang tolong kitaorang malam tu.
- Saudara-saudara INTIM sebab sudi datang membantu walaupun last minute punya.
-Kawan-kawan kolej yang sudi datang habiskan makanan je.
- Makcik Umi si tokey nasik lemak sebab sedekah lebih nasik lemak yang super duper gila bapak punya sedap baq hang.
- Housemate yang sangat beri kerjasama dalam hal uruskan rumahtangga sebelum dan selepas majlis tu.
- dan jugak kepada sponsorship-sponsorship yang sedekahkan makanan tambahan termasuklah aku.



oopppsss... sory, lapaq sangat time ni :P







housemate. baru ni dapat tangkap dengan semua orang. 


bye..

No comments:

Post a Comment