Saturday, March 30

Doa Cinta Sayyid Qutb

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Labuhkan cintakanku pada insan yang melabuhkan cintanya pada Mu,
Supaya cintaku pada Mu semakin bertambah.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Pelihara cintaku,
supaya tidak melebihi cintaku pada Mu.

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
Izinkan aku menyentuh hati insan yang hatinya betaut pada Mu.

Ya Tuhanku,
Jika aku jatuh hati,
Peliharakan hatiku padanya agar tidak berpaling dari Mu.

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukan aku pada insan yang merindui syahid di jalan Mu,
Dan pelihara rinduku supaya tidak lalai dari merindui syurga Mu.

Ya Allah,
Jika aku sedang menikmati cinta hamba Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan munajat di sepertiga malam Mu.

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada hamba Mu,
Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu.

Ya Allah,
Jika Engkau halalkan aku merindui hamba Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu.

Ya Allah,
Engkau tahu semua hati ini telah berhimpun dalam cinta kepada Mu,
bertemu dalam ketaatan terhadap Mu,
bersatu kerana dakwah pada Mu,
bersatu dalam membela syariat Mu,
Kukuhkanlah ikatannya ya Allah,
Kekalkanlah cintanya.

Tunjukkanlah semua jalanny
Penuhilah hati ini dengan cahaya Mu yang tak pernah pudar
Lapangkan dada ku dengan limpahan keimanan kepada Mu
dan keindahan tawakal kepada Mu

Amin
Ya Rabbal 'Alamin.




No comments:

Post a Comment