tahu kan saya tak pandai dalam berbicara
apa yang nak diluah apa yang saya rasa
selalu pendam even kecewa
Kamu,
saya nak terus senyum begini sampai bila-bila
ketawa sentiasa
bersinar-sinar cahaya di mata
senyum meleret sampai ke telinga
langsung tak tahu apa itu duka
Kamu,
jangan lepas pengang tangan saya boleh?
tenung mata saya lama-lama
tengok muka saya sentiasa
layan ragam saya yang ntah apa-apa
Kamu,
maaf jika terlampau dalam berbahasa
selama tempoh perkenalan kita
mungkin saya tak biasa
sebab saya nak jadi kamu yang punya
begitu jugak disebaliknya
Kamu,
mahu tak jadi pasangan saya sampai tua?
berjalan berdua,bawa anak ke sana sini bersama
hidup bersama sampai hujung usia
tetap dating macam muda-muda even dah berkerut kat muka
jadi pasangan tua yang paling romantik dalam dunia
No comments:
Post a Comment